Wednesday, June 15, 2011

Anda Peminat Kump Rusty Blade? Anda tahu sejrah mereka? Meh baca..



Kumpulan Rusty Blade ditubuhkan pada tahun 1979 di Holland Village, SIngapura. Line up Rusty Blade sejak awal penubuhan mereka ialah seperti berikut;


Vokalis - Ghani (Penyanyi asal sebelum merakamkan album), Yantzen

Gitaris - Said (gitaris asal sebelum rakam album, Said kemudiaanya join Band The Unwanted), Khalid Mobin, Mamat, Izzad, Mat Noh

Bassis - Razak , kemudian digantikan oelh Man Karen dari Band Rockers

Drummer - Zan

Pada asalnya dianggotai oleh Ghani (Vokal), Said (Gitar), Mamat (Gitar), Razak (bass) & Zan (Dram).

Kumpulan Rusty Blade merupakan sebuah kumpulan Heavy Metal yang berasal daripada Singapura dan mencipta nama di Malaysia. Kumpulan Rusty Blade telah melahirkan album pertama yg bertajuk 786 Ikrar Perwira pada tahun 1985 yang merupakan album EP. Keunikan muzik rock yang mereka bawa telah membuatkan Rusty Blade dilabel sebagai Iron Maiden Singapura!

Album kedua Rusty Blade "Rintangan Hidup Dunia" di terbitkan oleh Razzi M (Bekas pemain guitar Black Dog Bone) di keluarkan pada 1986.P

ada Album ini Izad telah mengantikan Mamat sebagai pemain guitar kedua. Album ini telah menaikan nama Rusty Blade dan terjual sebanyak 100,000 unit. setelah album ini di keluarkan Rusty Blade mula membuat road show di serata Semenajung Malaysia. Concert pertama mereka adalah di Ipoh pada 1987 di Stadium Indra Mulia. Mereka kemudian membuat show di Johor Baru dan Kuala Lumpur. di Kuala Lumpur mereka penuhkan Stadium Negara dan Konsert itu di iktiraf oleh pihak media sebagai Show yang terbaik pernah diadakan diKuala Lumpur. Md.Noor Hendrix telah mengantikan Izad selaku pemain guitar semasa road show ini.

Pada 1988 album ketiga Rusty Blade "Berat" di hasilkan. Rusty Blade sendiri bertindak sebagai Penerbit. Ia nya merupakan sebuah album yang benar-benar "heavy" yang mempunyai mutu yang mantap. "Berat" terus menjulang nama Rusty Blade di pesada musik tanah air. Setelah "Berat" berada di pasaran, pemain Bass Razak meninggalkan kumpulan ini. Rusty Blade mencari pemain bass baru ramai yang di cuba akhirnya Mann Karen dari kumpulan Rockers menggantikan tempat sebagai pemain Bass. Dengan adanya Mann Karen Rusty Blade bertambah baik segi persembahan muzik mereka

Tahun 1989 Rusty Blade menghasilkan album "Awas" ternyata ia sebagai album terakhir Rusty Blade sebelum mereka mengundurkan diri dari dunia seni Malaysia buat seketika.

Kini, muzik Rock Kapak ni dah menampakkan kebangkitan semula apabila banyak show rock kapak menerima sambutan hebat daripada peminat... Diharapkan Rusty Blade akan kembalikan zaman kebangkitan.

Walaupun kini dah tahun 2011, lagu2 Rusty Blade masih lagi segar dalam ingatan, hangat di corong2 Radio2 mainstream mahupun radio Online.

Tahniah juga kepada Rusty Blade melalui lagu Langsuir Liar yang tersenarai dalam Carta Rock Kapak Gerabak Keretapi yang disiarkan oleh Radio Online KitaFM, kerana merangkul Juara Carta minggu ini.

Sumber utama .. wikipedia ..

2 comments:

  1. US Sports Toto 2020: How To Bet on Sports, Markets, Sports
    Learn how to bet 스포츠 토토 사이트 on sports online, with our detailed guide on the sportsbook market. Betting on sports has never been so fun!

    ReplyDelete