Saturday, November 19, 2011

ARRANGEMENT MUZIK MEREKA BAGAIKAN PROFESIONAL ... INI DIA THE ELIPSIS


            ELIPSIS, sebuah band yang ditubuhkan pada sekitar bulan 1 (Januari) tahun 2009. Band ini telah memilih indie/rock/pop sebagai genre. ELIPSIS dianggotai seramai 5 orang anak muda iaitu Syamil (Mel), Syed (Yop), Firdaus (Pedot), Hafizul (Apeh) dan Bukhari (Qorie). Mereka semua berasal dari negeri yang berbeza. Mel berasal dari Johor, Apeh berasal dari Pahang, Qorie dari Terengganu, Yop dan Pedot berasal dari Perak. Mereka telah ditemukan dan belajar di institusi pengajian yang sama.


            Idea penubuhan ELIPSIS ini telah dicetuskan oleh Wanoi iaitu rakan sekelas mereka. Wanoi menyatakan kenapa tidak mencuba untuk menubuhkan band sedangkan kita boleh bermain muzik. Oleh sebab itu, mereka pun mencuba untuk menubuhkan band. Band ini bertapak di Ipoh.
            Pada awalnya, name band ni ialah EXTREEZ (mengikut nama semasa di studio jamming). Sekarang, nama band ini ditukar menjadi ELIPSIS. Untuk pengetahuan semua, ELIPSIS berasal dari unsur linguistik. Hal ini merupakan suatu cara mengemukakan sesuatu dengan menghilangkan suatu kata atau lebih, tetapi dengan mudah dapat dilanjutkan sendiri oleh pendengar atau pembacanya.
           Oleh yang demikian, mereka memilih Elipsis sebagai nama band kerana mereka boleh dikira dan dianggap sebagai 'underdog' dalam industri muzik ini. Walaupun mereka kurang dikenali, namun orang ramai tahu akan kewujudan dan lagu-lagu yang dicipta. Melalui Elipsis ini juga, mereka berharap walaupun mereka tiada nanti, orang tetap akan kenal dan menghargai mereka.
            Di awal penubuhan ELIPSIS, Wanoi merupakan pemain drum bagi band ini. Namun kerana komitmen terhadap band dia sendiri iaitu Eyesbaby dan perasaan gugup setiap kali bermain gig, Wanoi mengundurkan diri dan tempat dia diganti oleh Pedot.

            Gig pertama yang telah mereka sertai ialah di event ker@boo iaitu di Greentown Mall, Ipoh pada 30 Januari 2010 bersama-sama band Siren, Dongazz, Maze, Junkies, Bliz, dan BrainJelly. Terima kasih kepada Gman (Abrazz Studio) kerana telah memberikan mereka peluang untuk membuat persembahan di khalayak ramai.

            Mereka telah bergiat lebih aktif dan menyertai beberapa gig. MUSC Drag Challenge merupakan tempat pertama mereka membuat persembahan di luar Ipoh. Event ini berlangsung di Cyberjaya pada 27 dan 28 Februari 2010 dan terdapat 21 band yang membuat persembahan sepanjang 2 hari itu.

            Dalam bulan April 2010, sekali lagi kami telah bermain serta membuat persembahan di luar Ipoh. Kami telah menyertai gig di Ampang, Selangor bertempat di MyEvo Clubhouse, Pandan Indah. Terdapat pelbagai band yang turut serta dalam gig ini. Antaranya ialah band Jendela Biru, She’s A Mercy Side, Parasite Nation, dan banyak lagi.
           
            Selepas itu, mereka telah menyertai beberapa siri gig ker@boo sebagai platform untuk mereka menonjolkan diri serta mengasah bakat mereka. Mereka juga telah menyertai beberapa gig lain yang terdapat di sekitar Ipoh ini. Sepanjang gig yang mereka sertai, mereka telah membawa lagu mereka sendiri iaitu Mengapa, Music Is My Life, Cahayamu, dan Erti Seorang Penyeri.

            Dalam bulan Februari 2011, mereka telah menyertai pertandingan Battle of the Band di IPG Kampus Ipoh dan IPG Kampus Ilmu Khas di Kuala Lumpur. Pada pertandingan BOTB di Ipoh itu, mereka telah berjaya menjadi johan dan di Kuala Lumpur, mereka telah berjaya mendapat tempat ke-4.

            Bulan Julai 2011 merupakan salah satu bulan yang bermakna bagi mereka. Hal ini kerana mereka telah berjaya menghasilkan serta merakamkan single pertama mereka yang bertajuk ‘Mengapa’. Terima kasih kepada Dysmedia Production kerana telah memberikan kerjasama sepanjang proses rakaman ini.

            Selepas itu, mereka telah mengikuti siri persembahan yang dianjurkan oleh Alam Gapura di Karnival Usahawan Malaysia. Antara persembahan yang mereka ikuti ialah di Kuala Selangor, Shah Alam, dan Felda Sg. Tengi. Namun mereka tidak dapat mengikuti persembahan di Shah Alam kerana hal yang tidak dapat dielakkan.

            Pada 24 September 2011, mereka telah diberikan penghargaan dengan membuat persembahan di Berjaya Times Square sempena I’M Singles Program Launch. I’M Singles a.k.a Indie Music Singles merupakan album kompilasi terbitan bersama dari pelbagai kumpulan muzik indie seluruh dunia. Kerjasama antara Demoplanet TV, Pentas Aksi, Aku Budak Seni dan STS-MC ini akan menggerakkan satu Komuniti Penggiat Muzik Indie melaksanakan Konsert Jelajah I’M Singles bertujuan mempromosikan album dan menyeru belia bersatu untuk merealisasikan kempen ‘Jangan Sia-siakan Bakat Anda , Jauhi Jenayah'. Single mereka juga berada dalam album kompilasi ini. Program ini berlangsung selama 2 hari. Terdapat 100 band membuat persembahan sepanjang berlangsungnya program ini.
 
            Mereka juga berasa teruja kerana single mereka iaitu ‘Mengapa’ telah berjaya memasuki carta muzik underground di Xfm. Diharapkan korang semua dapat mengundi lagu mereka di http://www.xfm.com.my/Di-Radio/XFMU

            Kini, mereka yang dibarisi oleh Mel (gitarist), Qorie (vokalist), Apeh (Bassist), Yop (Keyboardist), dan Pedot (drummer) berharap agar dapat merakam lagi single-single mereka dan seterusnya menghasilkan EP mereka sendiri. Mereka juga berharap agar dapat menyertai lebih banyak gig dan event di seluruh Malaysia.

            Jika korang nak tau lebih info tentang ELIPSIS, korang boleh usha info ni :

Email              : mel_elipsis@yahoo.com
Website          :  http://www.facebook.com/theelipsisband
No telefon     : 013-7570408 (mel) / 013-4593970 (pedot)

            Lastly, harap korang semua dapat menyokong ELIPSIS tidak kira dari atas ke bawah ke depan ke belakang ke. Sokong serta majukanlah industri muzik tempatan!!!!

No comments:

Post a Comment